Tuesday, April 20, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur

Kek Coklat ni mmg jimat..sedap & moist..ala2 brownies pun ada juga..kek ni sedap mkn panas2..kalau sesapa xde mixer pun blh buat..respi ni amik kt blog kak Dayang Jack..



Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil

1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sk serbuk penaik*
1/2 sk soda bikarbonat*
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :

Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
Tapiskan adunan.
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

No comments:

Post a Comment