Monday, April 19, 2010

Kek Gula Hangus

Mula-mula ingat nk buat kek ni rasa macam susah je..tp senang rupanya..kek ni ada orang panggil kek sarang semut..x kisahlah apa nk panggil yg penting sedap..cuma sarang dia x cantik..kalau korang nk buat baik2 lah time nk masak gula hangus & ltk air kt dlm gula tu..mau lecur tgn..bkn jd kek gula hangus tp tanganku yg hangus.. ahaks.. anyway ni respinya dr Widad from MyResipi juga...



Kek Gula Hangus

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara:-

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

No comments:

Post a Comment