Monday, April 19, 2010

Talam Jagung

Talam jagung ni Iza dh buat lama..teringin nk cuba buat sendiri so terjumpa pulak resipi kak hanieliza..so mcm nilah bentuknya..atas dia x bape rata..tutup kukus dh balut dgn kain dh..maybe terlebih masak masa dlm kuali..teringin juga nak amik kelas talam..pd yg nk buat Iza c&p je dr kak hanieliza yek..



TALAM JAGUNG

bahan lapisan bawah
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula


bahan lapisan atas
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

No comments:

Post a Comment