Monday, August 9, 2010

Kek Coklat Kukus

Respi ni Iza tgk kt blog Makcikmanggis..so far banyak2 kek coklat yg Iza buat kek nilah palingg senang,cepat dan sedap..sekarang Iza dh malas nk buat kek coklat yg lain..dh 4kali buat..memang sume kata sedap..tima kasih bebanyak kepada tuan punya respi dan mintak halal ye..Kalau nk try bolehlah buat..





Bahan-bahannya:
A
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair.
1 cawan serbuk koko
B
4 biji telur grade B
1/2 cawan susu pekat manis.
1 tsp esen vanilla.
C
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp serbuk baking powder.
1 tsp serbuk soda bicarbonat.

Cara-caranya:

Kacau A atas api hingga semuanya larut.Sejukkan sikit.
Kacau telur dengan susu pekat manis hingga sebati.Masukkan esen vanilla.

Ayak tepung dengan baking powder dan soda bicarbonat
Tuangkan adunan telur kedalam A dan guna whisk -kacau hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Sapukan loyang kek dengan sedikit butter.
Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak-lebih kurang 1/2 jam tapi jika guna pengukus biasa hanya memakan masa 20 minit.Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Salam Iza
    Tengok kek tuh gebusnya, terliur plak, pas nih nak wat satu lah...resepi pun mudah...

    ReplyDelete
  2. sedap la kek kukus tu..mesti mau cuba ni.

    ReplyDelete