Thursday, February 24, 2011

Apam Ayu..(ayu ke..)

Apam ni dh lama Iza buat cuma malas nk post je..Sepatutnya apam ni color ijau tp cane blh terajin pulak..jadilah apam warna-warni..penat jugak nk mengabiskan buat apam ni..Walaupun nampak mcm gebu tp dia agak berat sikit..maybe Iza kurang lama masa pukul...(actually tgn dh lenguh)..lg satu kelapa yg iza letak skit sangat..lgpun kelapa tu kasar so dia x lekat sgt..so inilah respi dia..





Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan;
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk
1 sudu besar jus pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

No comments:

Post a Comment