Thursday, February 17, 2011

Apam Tepung Gandum

Apam lagi...kali ni Iza try buat apam tpg gandum..apam ni mmg peberet anak2..tp tgklah kaler dia terlebih plak..dr jauh dh nampak..actually iza takut skit nk kukus apam..bkn apa kdg2 dia jd buruk bila kena air..sedih rasa bila jd camtu..tp kali ni menjadi..ok ni respi apam tpg yg iza c&p je...tq..





APAM TEPUNG GANDUM
Bahan-bahan :(dapat 16 biji dengan adunan nie)
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh yis mauripan(1/2 paket yis mauripan)
3/4 cawan air suam
Pewarna kegemaran

Cara :
1. Campurkan yis bersama air suam dan kacau. Kalau nampak berbuih maknanya yis itu masih elok.
2. Ayak tepung dan susu ke dalam mangkuk.
3. Campurkan gula dan gaul rata. Lubangkan di tengah-tengah campuran tepung.
4. Masukkan bancuhan yis bersama air tadi. Kacau agar tiada tepung yang berketul-ketul.
5. Kemudian titiskan pewarna dan tutup magkuk. Peram adunan 1/2 jam. Jangan terlalu lama, nanti adunan menjadi masam.
6. Panaskan periuk kukusan dan acuan apam.
7. Tuang adunan kuih ke dalam acuan dan kukus 10 - 15 minit.
8. Bila sudah masak, bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam

No comments:

Post a Comment