Friday, June 17, 2011

Cuti2 Pulau Tioman 1

Masa cuti sekolah bulan 3 ari tu alhamdulillah Iza sekuarga (ops baby x bawa ) dapat juga bercuti kat pulau tioman 3 ari..actually company hubby buat meeting utk bos ngan eksekuif je kt situ..adalah dalam 30 orang termasuk family.. so apalagi sambil nyelam minum air ler..

Perjalanan dr kota tinggi ke jeti mersing adalah dalam 1 setengah jam. Sampai jeti kena tunggu pulak feri kul 1.30ptg..penat menunggu feri..punyalah ramai org nak gi tioman..feri tu ada 3 tingkat..tingkat atas sekali open air so bila ujan xyah tunggu nk swimming kt tioman..terfikir jugak dpt ke kitaorang duduk kt tgh2 coz bila duk kt bawah skali gerenti rasa ombak kuat..alamat muntah ler den..kalau duk atas skali pulak takut karang tercampak ke laut..tapi disebabkan company hubby dh pilih Berjaya Tioman Resort so kitaorang yg stay situ dapat masuk dulu n duk kt tingkat tengah..fuh lega rasa..yg kesian org lain punya bersemangat berkerumun kt dpn pintu..last2 kena bg laluan kt kitaorang ni..hehe..nasib badan..


Masa naik feri tu ombak agak kuat..pastu feri kena gerak lawan arus so lagiler rasa ombak tu..aduhai mmg rasa nk muntah.. kepala dah senoneng..Iza pulak x boleh tengok depan..rasa berpusing kepala. So sepanjang dalam feri tu dok tgk kt laut jelah.. dlm hati ni asyik cakap bilalah nak sampai..nak tahan daripada muntah tu Iza langsung x bercakap..nak tido pun x boleh..

Perjalanan dr jeti ke pulau amik masa 2 jam..lama gak tu..bila dah nak sampai ramai jugak yg muntah tp peliknya budak2 kat dalam feri langsung x muntah..boleh tido lena lagi..apapun ah lega rasa dh sampai..





Ingat dah sampai pulau dah dekatlah resort tu tapi rupanya jauh lagi..kena naik bas pulak dalam 10minit..adoi lepaknya..lupa nak snap gambar bas dia. Body asal bas tu actually bas mini..dia buang dinding dgn kerusi asal bas tu..so open air..mcm bas pegi zoo. Bawak dahlah laju..Iza plak duk tepi..bila belok nak tercampak rasanya..kurang asam betul driver tu. Rasa dah macam pegi lombok plak.Dah sampai resort kena tunggu lg nak check in. Akhirnya dalam kul 4 dapatler kitaorang merehatkan diri





No comments:

Post a Comment